Aplikasi LocalCrime Dilancarkan Untuk Para Pengguna iOS

Aplikasi LocalCrime Dilancarkan Untuk Para Pengguna iOS

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

Dengan masalah jenayah yang meningkat dari hari ke hari, kini salah satu syarikat tempatan hadir dengan aplikasi yang dinamakan sebagai LocalCrime, bertujuan untuk membolehkan para penduduk setempat berkongsi maklumat berkenaan pelbagai masalah jenayah semasa, termasuk beberapa informasi setempat seperti kemalangan dan sebagainya.

Aplikasi LocalCrime ini ditawarkan untuk para pengguna iOS, membolehkan mereka menggunakan ia dalam melaporkan kejadian di sesuatu lokasi dengan pantas.

Untuk menggunakannya, pengguna boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook, Twitter atau FourSquare, dan melihat apakah kejadian dan masalah setempat yang dihadapi mereka, disamping pada masa yang sama membolehkan mereka berkongsi info dan melaporkan sesuatu perkara melaluinya.

Aplikasi Local Crime

Memandangkan ia masih baru lagi, maka data dan informasi pada LocalCrime ini mungkin masih sedikit, dan mungkin dengan sumbangan pelbagai data daripada para pengguna, ia akan menjadi salah satu aplikasi yang amat berguna untuk semua.

Ia masih tidak diketahui lagi adakah versi Android untuk aplikasi ini akan hadir ataupun tidak.

Muat-Turun Aplikasi Local Crime untuk iOS


Layari : Laman Rasmi Local Crime


TIPS & ULASAN