Google Bakal Memperkenalkan Antaramuka Google Maps Yang Baru

Diterbitkan pada Mei 8, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya, tidak lama lagi, Google bakal memperkenalkan antaramuka Google Maps yang baru, memfokuskan sepenuhnya kepada pelbagai lokasi, dengan paparan yang lebih meluas berbanding sekarang ini.

Google Maps Baru

Google Maps Baru

Paparan baru ini juga kelihatan membawakan penggunaan warna yang lebih ceria, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna melihat ulasan daripada rakan-rakan mereka di Google+.

Ia tidak diketahui bilakah pihak Google akan memperkenalkannya, dan spekulasi awal mengatakan berkemungkinan pada Google I/O pada minggu hadapan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami