Sony Memperkenalkan Siri Komputer Riba – VAIO Fit

Sony Memperkenalkan Siri Komputer Riba – VAIO Fit

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

Umum mungkin sedia mengenali siri keluarga VAIO daripada Sony, dan terkini mereka telah pun memperkenalkan siri keluarga baru untuk komputer riba mereka, dikenali sebagai VAIO Fit, dan didatangkan dalam tiga pilihan, iaitu VAIO Fit 15E, Fit 14 dan juga Fit 15.

Sony VAIO Fit

Apa yang menariknya mengenai siri baru ini adalah dimana melaluinya Sony kelihatan ingin memperkenalkanya dengan resolusi minima 1600×900 pixel sehinggalah kepada 1920×1080 pixel. Perkara ini sekaligus menjadikan Sony meninggalkan resolusi paparan biasa (1366×768 pixel) yang digunakan pada komputer riba, dan menawarkan pengguna dengan paparan yang lebih baik lagi.

Selain daripada itu, ia turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh, dan dijana menggunakan sistem operasi Windows 8. Siri komputer ini dilengkapi dengan keluarga cip Intel Core generasi ketiga, serta didatangkan dengan pilihan untuk menggunakan kad grafik NVIDIA ataupun Intel HD.

Sony VAIO Fit

VAIO Fit juga, selain daripada menawarkan sokongan komputer riba biasa, ia turut didatangkan dengan sokongan NFC untuk memudahkan pengguna memindahkan kandungan daripada telefon pintar Xperia mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba VAIO Fit ini akan hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN