BitTorrent setelah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru pada tahun ini, kini turut hadir dengan salah satu perkhidmatan dan format multimedia baru memfokuskan kepada para pembangun kandungan, melalui BitTorrent Bundle.
Menurut BitTorrent, Bundle adalah salah satu format multimedia, dimana ia membolehkan para pengguna berinteraksi seperti mengumpulkan emel atau derma, dan menariknya segalanya berlaku didalam fail torrent berkenaan.
Sebagai pengenalan, mereka bekerjasama dengan pihak Ultra Music, dalam menawarkan beberapa kandungan, serta memberikan idea bagaimanakah ia berfungsi sepenuhnya.
Melalui penggunaan ini, ia membolehkan pengguna menikmati sebahagian daripada kandungan secara percuma, dan sebahagian lagi dengan berinteraksi, seperti memasukkan emel ataupun membuat derma. Biasanya ia dilakukan diluar fail berkenaan, membuatkan sesuatu fail itu mudah diedarkan oleh pihak lain, tetapi melalui Bundle, ia berlaku dalam fail, sekaligus menguntungkan para pembangun dan pemilik kandungan.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin lebih banyak penambahan akan disertakan pada BitTorrent Bundle dari hari ke hari.
Bagi mereka yang ingin melihat bagaimana ia berfungsi, mungkin boleh mendapatkan dan memuat-turun kandungan khas yang disediakan oleh Ultra Music.