Kemaskini BlackBerry 10.1 Untuk Z10 Mula Hadir Untuk Pengguna Di Beberapa Buah Negara

Kemaskini BlackBerry 10.1 Untuk Z10 Mula Hadir Untuk Pengguna Di Beberapa Buah Negara

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

BlackBerry Z10 telah dilancarkan sebelum ini menggunakan sistem operasi BB10, dan hari ini, pihak BlackBerry mula memperkenalkan kemaskini untuknya, kepada versi 10.1, dan menyertakan beberapa fungsi menarik bersama-sama dengannya.

BlackBerry 10.1

Melalui BlackBerry 10.1, ia menyertakan sokongan rakaman gambar dalam bentuk HDR, lebih memudahkan pengguna untuk menyemak kemaskini di BlackBerry World, aplikasi yang dipasang boleh dibuka terus daripada BlackBerry World, kebolehan mematikan notifikasi untuk sesuatu aplikasi, dan pelbagai sokongan baru yang lain.

Buat masa ini, peranti kami masih belum menerimanya, dan mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi. Sekiranya anda telah mula menerima kemaskini 10.1, jangan lupa berkongsi mengenainya bersama-sama dengan kami.


TIPS & ULASAN