Nokia Chat Kini Sedia Digunakan Oleh Pengguna Di Malaysia

Nokia Chat Kini Sedia Digunakan Oleh Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 8, 2013 oleh .

Nokia Chat BetaBeberapa minggu yang lepas, Nokia telah memperkenalkan aplikasi permesejan mereka, Nokia Chat untuk beberapa buah negara, dan hari ini, aplikasi yang masih dalam bentuk beta itu turut diperkenalkan untuk para pengguna tempatan.

Aplikasi permesejan Nokia Chat ini dikuasakan oleh Yahoo!, membolehkan para pengguna untuk menggunakan ia pada peranti mereka dan berhubung dengan rakan-rakan Nokia Chat lain, termasuk menyokong untuk berhubung dengan rakan-rakan yang menggunakan Yahoo! Messenger.

Bagi para pengguna peranti Lumia yang berminat, boleh ke halaman Nokia Beta Labs hari ini, dan memuat-turunnya ke peranti anda secara percuma.

Nokia Chat Beta

Muat-Turun Nokia Chat untuk Lumia


TIPS & ULASAN