Ura-Ura Mengenai Tablet Daripada HTC Mula Kedengaran Kembali

Ura-Ura Mengenai Tablet Daripada HTC Mula Kedengaran Kembali

Diterbitkan pada Mei 9, 2013 oleh .

Pada tahun lepas, beberapa ura-ura hadir mengatakan pengeluar peranti mudah-alih dari Taiwan, HTC sedang menyiapkan tablet mereka. Sehingga kini, tiada sebarang tablet dilancarkan, tetapi, menariknya beberapa info baru hadir mengenainya.

Tablet HTC Baru

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan HTC sedang menyiapkan dua tablet dengan nama kod R7 dan juga R12, dan kedua-duanya dijangka akan menjalankan sistem operasi Windows RT Blue yang akan diperkenalkan oleh Microsoft tidak lama lagi.

HTC R7 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 7-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 dengan memori 2GB RAM. R12 pula dikatakan akan menyertakan skrin yang lebih besar, iaitu bersaz 12-inci dengan paparan sehingga 2048×1536 pixel.

Daripada apa yang diperkatakan, kedua-dua tablet ini dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan bulan Oktober kelak, berkemungkinan bersama-sama dengan pelancaran Windows 8.1 Blue.


TIPS & ULASAN