Dalam usaha untuk memudahkan pengguna memahami pelbagai bahasa, Google terus menambah sokongan bahasa pada perkhidmatan mereka, dan kini pada hari ini Google mengumumkan penambahan lima bahasa baru pada perkhidmatan mereka, termasuk salah satunya adalah Jawa.
Dengan penambahan sebanyak lima bahasa baru ini, ia sekaligus menjadikan sokongan bahasa keseluruhan pada Google Translate melangkaui angka 70 bahasa.
Walaubagaimanapun, menurut pihak Google, empat daripada lima bahasa yang ditambah hari ini masih lagi pada peringkat “alpha”, sekaligus mengatakan kualiti untuk terjemahannya masih tidak lengkap buat masa ini.
Apa pun, ia merupakan salah satu perkara yang menarik untuk melihat Google menambah pelbagai sokongan bahasa kepada perkhidmatan Translate dari hari ke hari.
Bagi pengguna yang berminat, mungkin boleh layari laman Google Translate hari ini melalui web, ataupun melalui aplikasi mudah-alih untuk Android dan juga iOS.