Versi Ubuntu Touch Untuk Telefon “Boleh Digunakan” Menjelang Penghujung Mei

Versi Ubuntu Touch Untuk Telefon “Boleh Digunakan” Menjelang Penghujung Mei

Diterbitkan pada Mei 9, 2013 oleh .

Ubuntu Touch untuk telefon telah diperkenalkan pada awal tahun ini, tetapi kebanyakkan fungsi utama pada sistem operasi tersebut masih belum dapat digunakan sepenuhnya. Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Menjelang penghujung Mei ini, pembangunnya mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi, termasuk kebolehan untuk membuat dan menerima panggilan dan juga mesej SMS, kebolehan melayari internet menggunakan 3G dan WiFi, kebolehan untuk mengimport dan menyunting senarai kenalan pada telefon, serta membolehkan pengguna mengemaskini telefon mereka tanpa kehilangan data.

Walaupun pelbagai fungsi ini diperkenalkan, tetapi ia masih jauh daripada untuk dilancarkan kepada umum. Pihak Canonical mensasarkan untuk memperkenalkan ia bersama-sama dengan Ubuntu 13.10 pada bulan Oktober, dan berkemungkinan peranti pertama yang menjalankannya juga akan diperkenalkan ketika itu.


TIPS & ULASAN