Nokia Mengumumkan Nokia Asha 501 Dengan Sokongan Skrin Sentuh Sepenuhnya

Nokia Mengumumkan Nokia Asha 501 Dengan Sokongan Skrin Sentuh Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mei 9, 2013 oleh .

Nokia Asha 501Selepas memperkenalkan Nokia Asha dengan papan kekunci fizikal sebelum ini, hari ini Nokia turut sama memperkenalkan telefon mampu-milik mereka yang terbaru, Nokia Asha 501. Bersama-sama dengan sistem operasi ini, Nokia turut menyertakan pelayar web Nokia Xpress untuk memudahkan pengguna melayari web dengan penggunaan data yang sangat minima.

Nokia Asha 501 membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, selain menyertakan pelbagai sokongan yang biasa terdapat pada Asha, termasuk sokongan laman sosial dan perkongsian kandungan yang dengan mudah. Pihak nokia juga turut mengatakan sistem operasi Asha telah diberikan nafas baru dan kini lebih pantas dan responsif berbanding sebelumnya.

Asha 501 membawakan skrin bersaiz 3-inci, kamera 3.2-megapixel, sokongan WiFi, sokongan mikro-SD, dan dikatakan mempunyai masa bertahan bateri sehingga 48 hari.

Nokia mengatakan peranti ini akan ditawarkan di lebih 90 buah negara pada suku kedua 2013 ini. Peranti ini berharga $99 di Amerika Syarikat, namun harga jualan tempatannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN