Selepas beberapa desas-desus berkaitan dengan Waze sebelum ini, kini terbaru, pihak dilaporkan Facebook sedang dalam perbincangan pengambil-alihan perkhidmatan Waze pada harga sehingga $1 bilion.
Ia dikatakan kedua-dua pihak telah berbincang mengenainya sejak enam bulan yang lepas, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, maka berkemungkinan kedua-dua syarikat ini akan mengumumkannya dalam masa terdekat.
Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi dengan integrasi sosial, membolehkan pengguna mengetahui dan berkongsi keadaan semasa lalu lintas bersama-sama dengan yang lain.
Waze sedia menggunakan sokongan integrasi akan Facebook pada perkhidmatan mereka, dan kini dikatakan Waze mempunyai lebih kurang 45 juta pengguna.