Pelajar UNiSZA Memperlihatkan Prototaip Aplikasi BikeBuddy

Pelajar UNiSZA Memperlihatkan Prototaip Aplikasi BikeBuddy

Diterbitkan pada Mei 9, 2013 oleh .

Pada ITEX 2013 beberapa aplikasi yang dibangunkan pelajar tempatan diperlihatkan, dan salah satunya adalah BikeBuddy daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, memfokuskan khas kepada para penunggang motorsikal.

BikeBuddy dibangunkan dengan HTML5, membolehkan ia digunakan pada pelbagai jenis peranti, dimana hanya memerlukan para pengguna untuk mengakses lamanya melalui pelayar web terbina, dan menggunakannya seperti biasa.

Unisza BikeBuddy

Fokus utama BikeBuddy adalah dalam menjadi rakan para penunggang motorsikal ketika mereka menghadapi masalah. Dua masalah yang difokuskan buat masa ini adalah apabila tayar motorsikal mereka pancit dan juga sekiranya kehabisan minyak.

Menggunakannya, ia akan mengakses kedudukan pengguna berasaskan geolkasi, dan memperlihatkan pelbagai bengkel dan kedai membaiki motorsikal yang berdekatan, serta menyertakan nombor telefon bengkel berkenaan untuk dihubungi.

Menurut pembangunnya, ia masih lagi pada peringkat prototaip buat masa ini, dan akan dilancarkan selepas ia bersedia sepenuhnya.


TIPS & ULASAN