UniMAP Memperlihatkan Mesin Basuh Mudah-Alih

UniMAP Memperlihatkan Mesin Basuh Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 9, 2013 oleh .

Bagi mereka yang gemar mengembara atau melancong, masalah biasa yang dihadapi adalah untuk membasuh pakaian. Untuk memudahkannya, pada ITEX 2013, Universiti Malaysia Perlis memperlihatkan ciptaan mereka, iaitu mesin basuh mudah-alih.

UniMAP - Mesin Basuh

Daripada apa yang dikongsikan, mesin basuh mudah-alih ini hanya memerlukan penggunaan air dan sabun yang rendah, selain membolehkan sesuatu pakaian dibasuh dalam masa dua ke tiga minit. Ia dikatakan pada sesuatu masa, sehingga empat pakaian boleh dibasuh serentak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah akan dikomersialkan. Dari segi penggunaan, ia mungkin agak praktikal untuk membasuh pakaian yang hanya memerlukan beberapa bilasan, ataupun digunakan ketika berkhemah dan sebagainya.

UniMAP - Mesin Basuh

UniMAP - Mesin Basuh


TIPS & ULASAN