ABN Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi

ABN Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi

Diterbitkan pada Mei 10, 2013 oleh .

Mungkin ramai sedia kenali ABN ataupun Asian Broadcasting Network yang mana merupakan operator rangkaian televisyen digital di Malaysia. Kini, mereka turut sama memperkenalkan perkhidmatan HSBB mereka kepada orang ramai dalam pilihan kelajuan 10Mbps, 30Mbps dan juga 50Mbps.

Dari segi harga, untuk 10Mbps ABN mengenakan caj bulanan sebanyak RM129, RM219 sebulan untuk 30Mbps dan juga RM369 sebulan untuk 50Mbps. ABN juga turut sama menyertakan pakej langganan untuk 50 saluran televisyen dan juga radio pada harga tambahan RM29.99.

Buat masa ini, perkhidmatan ABNxcess ini masih lagi baru, dan mereka telah membuka pendaftaran untuk pengguna di Lembah Kelang dan Johor Bahru sahaja buat masa ini. Info lanjut masih terhad memandangkan pihak ABN masih belum mengemaskini halaman mereka berkenaan dengannya.

Dari segi liputan, di Lembah Klang, ABN meliputi kawasan Sri Damansara, Bandar Manjalara, Kepong, Selayang, Subang Jaya, Bandar Sunway, Puchong, Taman Desa, Kuchai Lama, Ampang, Taman Pandan Perdana, Taman Bukit Pandan, Pandan Indah, Taman Maluri, Desa Pandan, Taman Segar, Taman Nirwana, dan juga Bandar Baru Ampang.

Di Johor Baharu, ia meliputi Stulang Laut, Taman Pelangi, Taman Sentosa, Taman Maju, Permas Jaya dan juga Johor Jaya.


TIPS & ULASAN