YouTube Memperkenalkan Langganan Saluran Berbayar

YouTube Memperkenalkan Langganan Saluran Berbayar

Diterbitkan pada Mei 10, 2013 oleh .

Seperti diperkatakan pada awal minggu ini, kini pihak Google telah pun melancarkan perkhidmatan langganan berbayar mereka, sekaligus membolehkan para pengguna untuk melanggan ke beberapa saluran khas pada harga bermula $0.99 sebulan.

Sebagai pengenalan, pihak Google menyediakan beberapa pilihan saluran hasil kerjasama mereka dengan beberapa pihak, selain turut mengatakan ia akan diperluaskan tidak lama lagi. Sokongan untuk pemilik saluran untuk menawarkan saluran mereka dalam pilihan langganan berbayar juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. YouTube mengatakan terdapat lebih 1 juta saluran yang menjana duit melalui pengiklanan di YouTube, dan fungsi baru ini akan memberikan alternatif baru kepada para pembangun kandungan seluruh dunia.

Apa pun, agak mendukacitakan memandangkan sokongan ini masih belum dapat digunakan oleh pengguna tempatan buat masa ini.


TIPS & ULASAN