Carian
Flipboard 2.0 Hadir Untuk Para Pengguna Android
May 10, 2013 Aman

Flipboard

Pada bulan Mac yang lepas, Flipboard untuk iOS telah diperkenalkan dengan sokongan untuk membuat majalah sendiri menggunakan pelbagai kandungan di internet. Kini, sokongan tersebut turut sama diperluaskan untuk para pengguna Android melalui kemaskini terbaru – Flipboard 2.0.

Selain daripada sokongan tersebut, Flipboard 2.0 untuk Android juga turut sama menyertakan beberapa perubahan lain, termasuk dari segi kemaskini antaramuka, sistem untuk komen, serta kebolehan untuk berkongsi majalah yang dibuat oleh anda bersama-sama rakan lain.

Bagi pengguna Android yang berminat, mungkin anda boleh menyemak aplikasi Flipboard 2.0 hari ini, dan mula membina majalah anda disamping membaca kandungan dalam kaedah lebih interaktif lagi.

Komen