Cari @ Amanz

Asus ComputexPada bulan hadapan, Computex bakal diadakan di Taipei, dimana pelbagai pengeluar peranti akan berkongsi beberapa peranti dan gajet baru melaluinya. Salah satu daripadanya adalah Asus, dan kini kelihatan pihak Asus telah pun mula mengeluarkan video promosi untuknya.

Asus menggunakan slogan “We Transform” untuk video terbaru mereka, dimana melaluinya mereka memperlihatkan beberapa peranti keluaran Asus yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Selain daripada itu, salah satu peranti misteri turut sama dipertontonkan, memperlihatkan seumpama sebuah stylus ditarik daripada tablet.

Apakah yang bakal diumumkan oleh Asus masih menjadi misteri buat masa ini, malah ada yang membuat spekulasi berkemungkinan adalah versi Transformer baru daripada Asus.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 6 Jun kelak untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Asus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd