Cari @ Amanz

Samsung SideSyncSamsung sering hadir dengan penambahan beberapa fungsi pada peranti mereka, dan kini, salah satu fungsi yang dipertontonkan oleh Samsung melalui sebuah video ringkas adalah Samsung SideSync.

Samsung SideSync membolehkan anda menghubungkan telefon pintar Android Samsung anda kepada komputer Windows daripada Samsung, sekaligus menggunakannya pada masa yang sama. Selain membolehkan anda sync fail pada kedua-dua peranti, ia juga turut membolehkan pengguna menggunakan tetikus dan mengawal kedua-duanya pada waktu yang sama, disamping memudahkan tugasan ketika menggunakannya.

SideSync ini didatangkan terus melalui peranti Samsung, sama ada ATIV PC ataupun telefon pintar Galaxy yang menjalankan Jelly Bean dan terkini. Ia juga boleh didapati melalui Samsung Apps sekiranya tidak didatangkan terbina pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd