Selain permainan Left 4 Dead 2 dan juga Portal yang diperkenalkan secara beta melalui Steam untuk Linux, hari ini pihak Valve turut sama memperkenalkan permainan Half-Life 2 kepada para pengguna Linux.
Dengan pengenalannya, dua versi, iaitu Episode One dan juga Episode Two dilancarkan, tetapi seperti biasa, kedua-duanya masih dalam bentuk beta buat masa ini.
Bagi pengguna Linux yang berminat, boleh memuat-turun kedua-dua permainan ini melalui Steam untuk Linux hari ini.