Temple Run : Brave telah diperkenalkan untuk beberapa platform sebelum ini, dan kini ia turut dilancarkan untuk para pengguna Windows 8. Permainan ini ditawarkan pada harga RM4 melalui Windows Store.
Permainan ini dibangunkan bersempena dengan animasi Brave, membawakan permainan Temple Run seperti biasa, memerlukan para pemain lari, melompat dan mengelak daripada pelbagai halangan.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya pada harga RM4 daripada Windows Store hari ini.
Muat-Turun Temple Run Brave untuk Windows 8