Mozilla Firefox Versi Metro Disasarkan Untuk Dilancarkan Pada Bulan November

Mozilla Firefox Versi Metro Disasarkan Untuk Dilancarkan Pada Bulan November

Diterbitkan pada Mei 10, 2013 oleh .

Pelayar web Firefox untuk Windows 8 dan juga Windows RT telah dalam pembangunan sejak penghujung tahun lepas, dan mengikut informasi baru yang dikemaskini pada halaman Wiki Mozilla, mereka memperlihatkan pelayar web tersebut akan dilancarkan sekitar bulan November kelak.

Firefox Nightly Metro

Menurut Mozilla, tarikh yang disasarkan adalah 19 November, tetapi berkemungkinan mereka akan melancarkannya lebih awal daripada itu.

Buat masa ini, versi pembangunannya sedia untuk diuji, tetapi masih tidak stabil sepenuhnya. Bagi yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mengujinya pada komputer Windows 8 anda hari ini.


TIPS & ULASAN