Dalam pelbagai permainan lumba kereta di platform mudah-alih, Asphalt merupakan salah satu yang popular. Menariknya untuk waktu yang terhad, pihak Gameloft nampaknya menawarkan permainan Asphalt 7 : Heat secara percuma khas untuk pengguna iOS.
Asphalt 7 menawarkan pelbagai bentuk perlawanan lumba kereta dengan pilihan lebih 60 kereta berbeza. Ia juga turut sama menyokong permainan multiplayer membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain dengan mudah.
Bagi pengguna peranti iOS 5 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun ia secara percuma daripada AppStore hari ini. Ia tidak diketahui sampai bilakah permainan ini ditawarkan secara percuma, sebelum dikenakan caj kembali seperti biasa.