Maxis Dan Celcom Memulakan Pra-Tempahan Untuk BlackBerry Q10

Maxis Dan Celcom Memulakan Pra-Tempahan Untuk BlackBerry Q10

Diterbitkan pada Mei 10, 2013 oleh .

Sebelum ini pihak BlackBerry Malaysia telah berkongsi mengatakan pihak Maxis dan juga Celcom akan menawarkan peranti terbaru mereka, Q10. Kini, kedua-dua syarikat telekomunikasi ini telah pun memulakan pra-tempahan untuk peranti tersebut.

BlackBerry Q10

Maxis menawarkan peranti BlackBerry Q10 dengan pilihan beberapa pakej bulanan berbeza, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga serendah RM1178 dengan komitmen bulanan RM148 selama 24 bulan.

Layari : Halaman Tempahan di Maxis

Celcom pula tidak memaparkan sebarang pakej buat masa ini, tetapi mengatakan pengguna yang membuat pra-tempahan akan menerima Bluetooth Speaker berharga RM299 serta rebat sehingga RM200.

Layari : Halaman Tempahan di Celcom

…..

BlackBerry Q10 merupakan telefon pintar dengan papan kekunci fizikal dan dijana menggunakan platform BlackBerry 10. Ia turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 3.1-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 2-megapixel dibahagian hadapan.

Di Malaysia, peranti tersebut dijual dengan harga saranan RM2388.


TIPS & ULASAN