Nokia Mengumumkan Lumia 928 Untuk Verizon

Nokia Mengumumkan Lumia 928 Untuk Verizon

Diterbitkan pada Mei 10, 2013 oleh .

Nokia Lumia 928Selepas pelbagai penantian, hari ini pihak Nokia secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar Nokia Lumia 928 yang didatangkan bersama-sama sokongan kamera PureView khas untuk syarikat telekomunikasi Verizon di Amerika Syarikat.

Lumia 928 membawakan teknologi kamera PureView dengan sokongan OIS (Optical Image Stabilization), serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci OLED. Sama seperti Lumia 920, ia turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, dan didatangkan dengan aplikasi HERE Maps, HERE Drive+ dan lain-lain.

Dengan pengumuman pihak Nokia hari ini, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN