Bersama-sama dengan pengumuman Lumia 928 hari ini, pihak Nokia turut sama berkongsi mengenai angka aplikasi pada platform Windows Phone. Menurut Nokia, terdapat sejumlah 145,000 aplikasi pada platform Windows Phone hari ini.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, bukan kesemua aplikasi diterbitkan untuk pengguna global, dan sesetengah aplikasi terdapat untuk pasaran Malaysia.
Pihak Nokia sendiri memfokuskan sepenuhnya ada platform Windows Phone, dimana beberapa aplikasi turut sama ditawarkan secara eksklusif oleh mereka melalui Nokia Collections.