Selepas memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk pengguna Galaxy Tab 7.7 sebelum ini, hari ini Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini Android Jelly Bean untuk para pengguna tablet Galaxy Tab 7.7 di Malaysia.
Bersama-sama dengan pengenalan kemaskini ini, ia membawakan sokongan Google Now, fungsi notifikasi yang lebih baik, dan berfungsi lebih lancar berbanding sebelum ini.
Bagi pengguna tempatan yang menggunakan tablet Galaxy Tab 7.7, mungkin boleh menyemak tablet anda dan memulakan proses kemaskini sekarang.