Nexus 7 Generasi Kedua Dikatakan Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Nexus 7 Generasi Kedua Dikatakan Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

Nexus 7 sejak diperkenalkan pada tahun lepas, telah menjadi salah satu tablet yang menerima permintaan tinggi di seluruh dunia. Kini, dengan Google I/O yang bakal diadakan pada minggu hadapan, desas-desus mengenai Nexus 7 generasi kedua mula kedengaran kembali.

Ura-ura dan pelbagai laporan mengenai tablet Nexus 7 generasi kedua telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas. Daripada apa yang kedengaran kini, ia dikatakan Nexus 7 generasi kedua kelak akan menyertakan skrin dengan paparan 1920×1200 pixel, selain turut menyertakan cip pemprosesan Qualcomm APQ 8064, dan juga kamera 5-megapixel.

Tablet bersaiz 7-inci ini juga dikatakan akan membawakan rekabentuk yang lebih nipis berbanding sebelumnya, dan ramai mengatakan ia akan kekal dibangunkan oleh pihak Asus.

Google I/O akan diadakan pada minggu hadapan, dimana selain daripada pengumuman berkaitan tablet baru ini, ramai menantikan pengumuman berkaitan Android versi baru daripada pihak Google.


TIPS & ULASAN