Video Tutorial Untuk Peranti BlackBerry R10 Tertiris Ke Web

Video Tutorial Untuk Peranti BlackBerry R10 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

BlackBerry R10Sejak BlackBerry 10 diperkenalkan pada awal tahun ini, dua peranti telah dilancarkan oleh mereka, iaitu BlackBerry Z10 dan juga BlackBerry Q10. Kedua-duanya mensasarkan pasaran pengguna yang berkemampuan tinggi, dan nampaknya pihak BlackBerry turut menyediakan sebuah lagi peranti khas dinamakan sebagai BlackBerry R10.

BlackBerry R10 membawakan papan kekunci QWERTY bersama-sama dengannya, selain turut menyertakan skrin bersaiz 3.1-inci. Ia telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini sebuah video khas hadir memperlihatkan cara penggunaannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan diperkenalkan. Mungkin dengan acara BlackBerry Live yang akan diadakan pada minggu hadapan, kita akan mendengar serba sebanyak berkenaan dengannya.

Jadi apa kata anda dengan peranti yang kelihatan akan menggantikan keluarga “Curve” ini?


TIPS & ULASAN