“Babel” Dilaporkan Sah Akan Dikenali Sebagai “Google Hangouts”

“Babel” Dilaporkan Sah Akan Dikenali Sebagai “Google Hangouts”

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

Dengan Google I/O yang bakal berlangsung pada minggu hadapan, beberapa produk dan perkhidmatan daripada Google dijangka akan diumumkan sama, dimana salah satu yang diperkatakan adalah perkhidmatan permesejan dinamakan sebagai “Babel”.

Mengikut laporan sebelum ini, “Babel” akan dikenali sebagai “Hangout” ketika dilancarkan, dan akan menyatukan pelbagai perkhidmatan permesejan termasuk sokongan Google+ Hangouts pada satu aplikasi.

Google Hangout

Pihak TechRadar juga mengatakan mereka berjaya mengesahkan berkenaan dengannya, serta berkongsi beberapa paparan skrin aplikasi berkenaan, termasuk memperlihatkan kebolehan untuk mengarkib Hangout, selain pengguna juga boleh mengubah ia kepada bentuk chat lama.

Apa pun, sama-sama kita nantikan Google I/O pada minggu depan dan lihat apakah yang akan diumumkan oleh gergasi enjin carian itu pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN