YouTube Akan Mula Menggunakan Codec VP9 Tidak Lama Lagi

YouTube Akan Mula Menggunakan Codec VP9 Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

WebMUmum mungkin sedia ketahui pengenai projek WebM daripada Google, dalam usaha membangunkan teknologi codec video terbuka untuk digunakan pada web. Selepas VP8, kini mereka dalam fasa terakhir sebelum pengenalan codec video VP9.

Pembangun WebM mengatakan mereka merancang untuk menyiapkan VP9 menjelang 17 Jun kelak, sekaligus mengaktifkan penggunaannya pada Chrome dan juga Chrome OS. Perkara ini juga akan menjadikan YouTube antara yang terawal menyokong penggunaan codec VP9 ini pada laman mereka.

VP9 ini dikatakan lebih efisyen berbanding penggunaan VP8 pada masa sekarang. Sebelum ini ramai bergantung kepada H.264, tetapi disebabkan terpaksa membayar royalti untuk penggunaan paten, maka Google dan beberapa rakan kerjasama hadir dengan pembangunan projek WebM.

Walaupun berlaku perubahan penggunaan codec dan sebagainya, mungkin bagi pengguna umum mereka tidak akan perasan mengenainya, memandangkan ia lebih kepada teknologi disebaliknya serta tidak memberikan sebarang kesan kepada pelayaran web sedia ada.


TIPS & ULASAN