Gambar Peranti Misteri Daripada LG Tertiris Ke Web Sekali Lagi

Gambar Peranti Misteri Daripada LG Tertiris Ke Web Sekali Lagi

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

Sekali lagi, gambar sebuah peranti baru daripada pihak LG tertiris ke arena web, dikatakan sebagai peranti LG Optimus G2 yang akan diperkenalkan oleh pihak LG dalam masa terdekat.

LG Optimus G2

Tiada sebarang info penuh yang diketahui buat masa ini, selain daripada rekabentuk kerangka tepi yang kelihatan amat nipis berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Selain daripada itu, melalui gambar sebelum ini juga, peranti ini kelihatan tidak membawakan sebarang butang fizikal pada bahagian hadapan, berbeza dengan kebanyakkan rekabentuk peranti Android pada hari ini. LG juga diura-ura akan hadir dengan telefon pintar Nexus 5. Tetapi tiada sebarang maklumat berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkinkah kita akan dengar mengenainya pada minggu hadapan?


TIPS & ULASAN