Schemes Membolehkan Anda Menjadualkan Kemaskini Pada Twitter Dan Facebook

Schemes Membolehkan Anda Menjadualkan Kemaskini Pada Twitter Dan Facebook

Diterbitkan pada Mei 11, 2013 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna untuk menjadualkan kemaskini pada Twitter dan Facebook. Kini, salah satu aplikasi baru yang turut menawarkan sokongan sama, selain turut menyokong pelbagai perkhidmatan lain adalah Schemes.

Schemes membolehkan pengguna untuk menjadualkan kemaskini pada Twitter, Facebook, GMail dan juga menariknya turut sama menyokong pengguna untuk menjadualkan penghantaran SMS. Menggunakannya pengguna boleh menaip teks yang ingin dikemaskini, dan seterusnya memilih tarikh dan masa untuk menghantar ia ke halaman sosial ataupun ke nombor telefon rakan-rakan.

Schemes Android

Namun, untuk menjayakannya, peranti pengguna perlulah aktif pada ketika itu, selain mempunyai akses internet untuknya (kecuali untuk SMS).

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya pada peranti anda hari ini, dan mengelak daripada terlepas menghantar mesej penting (seperti ucapan hari lahir) serta pada masa yang sama menjadualkan pelbagai kemaskini pada laman sosial anda.

Muat-Turun Schemes untuk Android


TIPS & ULASAN