Google Bakal Memperkenalkan “Google Play Games” Pada Android

Google Bakal Memperkenalkan “Google Play Games” Pada Android

Diterbitkan pada Mei 12, 2013 oleh .

Pengguna pada hari ini boleh dikatakan antara yang aktif bermain permainan kasual pada telefon pintar mereka. Beberapa platform sedia menyediakan perkhidmatan khusus untuk pengguna mereka, dan kini dikatakan Google akan hadir dengan Google Play Games.

Google Play Games

Sokongan ini dijangka akan diumumkan oleh pihak Google pada Google I/O minggu ini, dimana dijangka akan membawakan beberapa sokongan termasuk kebolehan untuk sync permainan dan data yang disimpan antara peranti, leaderboard untuk melihat kedudukan, dan beberapa sokongan yang lain.

Pengguna juga diberikan pelbagai kawalan, termasuk membolehkan mereka menetapkan siapakah yang boleh menghantar notifikasi dan sebagainya.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak berkaitan dengan Google Play Games ini pada Google I/O kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN