Cari @ Amanz

Apple CareSalah satu sebab mengapa ramai menyukai produk Apple adalah kerana AppleCare. Kini dikatakan pihak Apple bakal membawakan beberapa perubahan kepada perkhidmatan sokongan dan jaminan mereka tersebut, serta menambah baik tawaran sedia ada.

Perubahan pada AppleCare dikatakan sedang dibincangkan secara dalaman, dimana melalui cadangan baru ini, ia akan mengubah bagaimana peranti iOS dibaiki. Berbanding menggantikan peranti yang rosak di Apple Store, Apple akan melatih para pekerja di Apple Store dan membuatkan peranti yang rosak dibaiki terus tanpa perlu menggantikan dengan peranti baru. Perkara ini sekaligus akan menjimatkan kos operasi Apple.

Disamping itu, langganan AppleCare dikatakan akan diubah dan dikaitkan dengan AppleID, berbanding dikaitkan dengan sesuatu peranti seperti sekarang ini.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perubahan ini akan memberikan kesan kepada pengguna tempatan, dan bilakah perubahan ini akan diperkenalkan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd