Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Mini Tertiris Ke Web

Gambar Peranti Samsung Galaxy S4 Mini Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Mei 12, 2013 oleh .

Jauh sebelum Samsung mengumumkan Galaxy S4, ura-ura dan desas-desus mengenai peranti Galaxy S4 Mini telah kedengaran. Setelah beberapa kali tertiris sebelum ini, kini peranti tersebut turut hadir dalam gambar baru, selain dikatakan akan dilancarkan dalam masa sebulan dua lagi.

Samsung Galaxy S4 Mini

Samsung Galaxy S4 Mini ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dan membawakan ketumpatan pixel hanya pada kadar 256PPI berbanding Galaxy S4 yang membawakan 441PPI.

Disamping itu, ia dikatakan peranti ini akan dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz, serta dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz seperti peranti Samsung yang lain.

Samsung Galaxy S4 Mini

Mengikut spekulasi awal, peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Jun atau Julai kelak. Selain peranti Galaxy S4 Mini ini, antara peranti lain yang turut dikatakan akan diperkenalkan oleh Samsung adalah termasuk Galaxy S4 Active (peranti tahan lasak) dan juga Galaxy S4 Zoom (peranti dengan fokus kepada kamera).


TIPS & ULASAN