Cari @ Amanz

Sebelum ini kita telah dapat melihat aplikasi Instagraph, tetapi sokongan yang dibawakan olehnya adalah terhad. Kini, sementara menantikan aplikasi Instagram rasmi yang masih tidak diketahui bilakah akan dilancarkan, pengguna Windows Phone mungkin boleh mencuba Itsdagram.

Itsdagram

Itsdagram ditawarkan secara berbayar pada harga RM4.99, dimana melaluinya, pengguna bukan sahaja boleh melihat gambar-gambar yang dikongsikan rakan-rakan mereka, tetapi turut sama boleh menambah gambar dan berkongsi melaluinya.

Pengguna juga turut sama boleh meninggalkan komen, mencari rakan-rakan Facebook dan sebagainya. Tetapi sokongan untuk menambah efek pada gambar masih tidak diperkenalkan buat masa ini.

Bagi pengguna Windows Phone 8 yang berminat, anda boleh memuat-turunnya daripada Windows Phone Store hari ini. Walaubagaimanapun, perlu diambil-perhatian yang mana ia masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin beberapa sokongan tidak berfungsi dengan baik.

  • Amaran
  • Kemaskini (03:28) : Pembangunnya telah menarik kembali aplikasi ini daripada WP Store. Mungkin ia belum bersedia sepenuhnya, ataupun mungkin pembangunnya ingin menguji sama ada aplikasi beliau melepasi untuk terbitan WP Store. Sama-sama kita nantikan apakah perkembangan Itsdagram ini.
  • Amaran
  • Kemaskini (04.17) : Pembangunnya turut mengatakan versi akhirnya kelak akan turut menyertakan sokongan menambah efek pada gambar. Ia dijangka akan dilancarkan sekitar hari Khamis atau Jumaat ini.
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd