Samsung Sedang Membangunkan Teknologi 5G Untuk Diperkenalkan Pada Tahun 2020

Samsung Sedang Membangunkan Teknologi 5G Untuk Diperkenalkan Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh .

SamsungRangkaian 4G LTE baru sahaja mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun ini, dan masih terhad kepada hanya beberapa lokasi sahaja. Tetapi ini tidak menghentikan pembangunan rangkaian telekomunikasi generasi akan-datang, iaitu 5G.

Mengikut laporan terkini, ia dikatakan Samsung telah pun berjaya dengan ujian awal platform rangkaian 5G mereka, dan berjaya mendapatkan kelajuan data sehingga 1Gbps melaluinya. Namun kelajuan akhirnya ketika ia diperkenalkan kepada umum nanti masih tidak diketahui, apatah lagi dengan arena teknologi yang berkembang pesat dari hari ke hari.

Teknologi ini masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan dikatakan akan tersedia untuk para pengguna menjelang tahun 2020 kelak.


TIPS & ULASAN