(Konsep) Rekaan iOS 7 Dengan Antaramuka Yang Kemas Dan Minimalis

(Konsep) Rekaan iOS 7 Dengan Antaramuka Yang Kemas Dan Minimalis

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh .

iOS 7Ramai perekabentuk bebas hadir dengan rekaan konsep untuk pelbagai peranti dan sistem operasi. Kini, dengan desas-desus yang mengatakan Apple mungkin hadir dengan iOS7 yang berunsurkan rekabentuk “mendatar”, SimplyZesty hadir dengan salah satu rekaan konsep baru untuk iOS7.

Melaluinya, SimplyZesty memperlihatkan rekaan yang kemas, serta rekaan yang minimalis. Selain itu, beberapa rekaan aplikasi turut diperlihatkan yang mana diberikan nafas baru, selain sokongan widget pada iOS7.

Apa pun, seperti semua sedia maklum, ia hanya sekadar rekaan konsep daripada peminat sahaja, dan bukannya versi yang dibangunkan oleh pihak Apple.

Apple bakal mengadakan WWDC 2013 pada bulan Jun kelak, dimana ramai mensasarkan mereka akan membuat pengumuman berkaitan dengan iOS 7 pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN