Nokia Hadir Dengan Iklan Peranti Lumia Baru Memfokuskan Kepada Kamera

Nokia Hadir Dengan Iklan Peranti Lumia Baru Memfokuskan Kepada Kamera

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh .

PureViewDengan Nokia yang bakal mengumumkan peranti baru mereka pada minggu ini, kini mereka telah memulakan promosi untuknya, dengan sebuah video baru yang memfokuskan kepada bahagian kamera.

Untuk makluman, peranti dengan nama kod “Catwalk” telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, mengatakan ia akan menyertakan teknologi PureView dengan sensor 41-MP, lebih kurang seperti Nokia 808 PureView sebelum ini. Peranti baru ini dijangka akan menjalankan sistem operasi Windows Phone 8.

Nokia akan mengumumkan peranti Lumia baru ini pada minggu ini. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.


TIPS & ULASAN