Sony Mengumumkan Xperia ZR Secara Rasmi

Sony Mengumumkan Xperia ZR Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh .

Dengan kelebihan Sony pada peranti yang tahan lasak dan kalis-air, kini Sony mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xperia ZR. Telefon pintar Android ini membawakan skrin bersaiz 4.6-inci dengan paparan 720p.

Xperia ZR

Daripada apa yang dikongsikan pihak Sony, peranti ini membolehkan pengguna untuk merakam video dalam bentuk HD walaupun ketika didalam air (sehingga 1.5 meter dalam). Kamera 13-megapixel yang didatangkan bersama dengannya turut menyokong rakaman dalam bentuk HDR, serta dilengkapi sensor Exmor RS.

Dari segi spesifikasi lain, ia menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan LTE, dan juga NFC.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan tiba ke pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

TIPS & ULASAN