Cari @ Amanz

Google+ Hangout boleh dikatakan semakin meluas digunakan akhir-akhir ini bukan sahaja di Malaysia tetapi turut digunakan untuk berbincang dan menerbitkan video terus ke YouTube. Dan dalam usaha untuk menjadikan paparan pada Hangout lebih profesional, salah satu perkhidmatan menarik adalah HangoutMagix.

HangoutMagix menyediakan pilihan beberapa grafik, membolehkan anda menambah nama, jawatan dan juga logo, sekaligus membolehkan pengguna menjadikan paparan di Google+ Hangout tampak lebih profesional berbanding kebiasaan.

HangoutMagix

Sebaik sahaja pengguna membuat tetapan di HangoutMix, anda akan diberikan pilihan untuk memuat-turun fail dalam bentuk PNG, yang mana kemudiannya perlu ditambah ke Google+ Hangout secara manual.

Untuk menambahnya pada Google+ Hangout anda, mulakan Google+ Hangouts, dan kemudiannya pada bahagian kiri, klik pada “View More Apps” dan kemudiannya “Add Apps”. Pilih aplikasi Hangout ToolBox dan tambahkan pada akaun anda. Melalui aplikasi Hangout ToolBox, pengguna boleh membuat beberapa penambahan pada kaedah bagaimana gambar anda dipaparkan kepada yang lain.

Hangout Toolbox

Untuk memasukkan gambar daripada HangoutMagix, pengguna hanya perlu memuat-naiknya melalui pilihan pada bahagian kanan, dibawah “Custom Overlay”. Sebaik sahaja selesai memilih gambar daripada HangoutMagix, ia akan memaparkannya pada bahagian anda, selain turut memaparkan perkara sama pada rakan-rakan anda.

Hangout Toolbox

Pengguna juga turut boleh menggunakan Hangout Toolbox untuk menambah pelbagai jenis overlay secara manual, atau menggunakan gambar anda yang direkabentuk khas, sekaligus menjadikan paparan Google+ Hangout anda lebih interaktif dan menarik berbanding kebiasaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd