UMobile Mengumumkan Kerjasama Dengan KakaoTalk Dan WeChat

UMobile Mengumumkan Kerjasama Dengan KakaoTalk Dan WeChat

Diterbitkan pada Mei 13, 2013 oleh .

UMobile, salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia hari ini memperluaskan tawaran mereka kepada para pengguna dengan mengumumkan kerjasama dengan dua perkhidmatan permesejan popular, KakaoTalk dan juga WeChat.

UMobile - Kakao

Melalui kerjasama yang diumumkan ini, ia membolehkan para pelanggan prabayar UMobile yang melanggan pakej UMI boleh menikmati penggunaan data percuma untuk KakaoTalk dan juga WeChat, sekaligus membolehkan mereka menikmati perkhidmatan permesejan tersebut pada bila-bila masa.

Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak UMobile memperkenalkan UMI yang mana menawarkan peggunaan data 500MB, panggilan percuma selama 200 minit dan juga 30 SMS percuma pada harga langganan RM38 sebulan.


TIPS & ULASAN