Dalam memudahkan pengurusan akaun Google, hari ini Google mengumumkan penyatuan ruangan storan antara Google Drive, GMail dan juga Google+ Photos, yang mana menjadikan jumlah ruangan storan percuma untuk setiap pengguna sebanyak 15GB seorang.
Sebelum ini, pengguna diberikan ruangan percuma sebanyak 10GB untuk GMail dan juga 5GB untuk Drive dan juga Google+ Photos. Dengan gabungan ini, ia akan membolehkan pengguna menggunakan ruangan storan berlebihan pada perkhidmatan lain dengan lebih efektif lagi berbanding sebelumnya.
Dan bagi pengguna yang inginkan ruangan storan tambahan, seperti biasa mereka boleh mendapatkannya pada harga bermula $4.99 sebulan untuk 100GB.
Perubahan ini dikatakan akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna dalam masa beberapa minggu lagi.