Firefox 21 Diterbitkan Di Laman FTP – Pelancaran Rasmi Tidak Lama Lagi

Firefox 21 Diterbitkan Di Laman FTP – Pelancaran Rasmi Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Firefox 21 bakal dilancarkan secara rasmi oleh Mozilla dalam masa lebih kurang 24 jam lagi, dan seperti biasa, versi akhir pelayar web tersebut telah pun diterbitkan pada halaman FTP Mozilla, membolehkan sesiapa yang berminat memuat-turun dan menggunakannya.

Firefox 21 tidak membawakan sebarang perubahan drastik, selain menambah baik sokongan Do Not Track, menjadikan pelayar web lebih pantas dan responsif, serta sokongan Firefox Health Report. Untuk pengguna Android pula, ia dikatakan akan membawakan antaramuka berasaskan Holo pada pelayar web versi terbaru. Namun, versi 21 masih belum diterbitkan untuk pengguna Android buat masa ini.

Bagi pengguna desktop sama ada Windows, Mac mahupun Linux, anda boleh memuat-turun Firefox 21 hari ini melalui halaman FTP mereka, sementara menantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Muat-Turun Firefox 21 daripada laman FTP


TIPS & ULASAN