Kebolehan untuk membalas komen pengguna pada Google Play Store telah diperkenalkan untuk beberapa orang pembangun sejak tahun lepas, dan kini Google secara rasminya mengumumkan yang mana sokongan ini kini boleh digunakan oleh semua pembangun seluruh dunia.
Menggunakannya, para pembangun boleh membalas kepada pelbagai komen dan maklumbalas yang diberikan pengguna untuk sesuatu aplikasi, sekaligus menjadikan perhubungan antara pengguna dan pembangun lebih efektif lagi.
Seperti komen pengguna, setiap balasan daripada pembangun juga akan boleh dilihat oleh semua pengguna, sekaligus membolehkan mereka ketahui bagaimanakah bentuk sokongan yang akan diterima mereka, terutamanya untuk aplikasi berbayar.
Jadi, dengan pengenalan sokongan ini, mungkinkah kualiti aplikasi pada Google Play Store akan terus meningkat?