Nokia Mengumumkan Lumia 925 Secara Rasmi

Nokia Mengumumkan Lumia 925 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan ramai, hari ini pihak Nokia secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dijana menggunakan Windows Phone 8, iaitu Nokia Lumia 925.

Nokia Lumia

Kerangka berasaskan aluminium.Peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci OLED, kamera 8.7-megapixel OIS, serta bateri berkapasiti 2000mAh. Ia turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar seperti beberapa peranti Nokia sebelum ini. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar, pengguna perlu membeli kerangka luar khas untuknya, sama seperti Lumia 720 sebelum ini.

Nokia Lumia 925

Nokia Lumia 925

Pada Lumia 925 ini, Nokia terus memberikan perhatian serius pada bahagian kamera, dimana melaluinya Nokia mengatakan rakaman gambar lebih baik dan tajam berbanding sebelumnya. Nokia turut menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai Smart Cam untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih baik berbanding sebelumnya, serta turut sama mengintegrasikan teknologi Scalado padanya.

Nokia Lumia 925

Lumia 925 ini bakal mula dijual di Eropah dan China sekitar bulan Jun kelak. Tarikh rasmi bilakah ia akan tiba ke Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN