Kemaskini Lumia Amber Akan Membawakan Beberapa Fungsi Baru Pada Peranti Lumia Sedia Ada

Kemaskini Lumia Amber Akan Membawakan Beberapa Fungsi Baru Pada Peranti Lumia Sedia Ada

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Nokia Lumia 925 hari ini, pihak Nokia juga turut mengumumkan peranti-peranti Lumia seda ada bakal menerima kemaskini tidak lama lagi yang mana akan menyertakan beberapa fungsi baru pada peranti Lumia.

Lumia Amber Update

Dikenali sebagai Lumia Amber Update, ia akan membawakan beberapa fungsi yang dinantikan ramai sebelum ini, termasuk mengaktifkan sokongan radio FM pada peranti Lumia, serta sokongan untuk mengaktifkan skrin seumpama MeeGo, iaitu dengan hanya tap dua kali pada skrin.

Walaubagaimanapun, sesetengah fungsi akan hanya terhad kepada sesetengah peranti sahaja, dan bukan semua akan menerimanya. Kemaskini Lumia Amber ini dikatakan akan berasaskan kepada kemaskini Windows Phone 8 GDR2 yang akan dibawakan oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN