Nokia Hadir Dengan Beberapa Video Memfokuskan Sokongan Kamera Pada Lumia 925

Nokia Hadir Dengan Beberapa Video Memfokuskan Sokongan Kamera Pada Lumia 925

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Nokia Lumia 925, pihak Nokia juga turut menerbitkan beberapa video baru yang memfokuskan kepada fungsi Nokia Smart Camera pada Lumia 925.

Melalui Nokia Smart Camera, ia membawakan beberapa sokongan, hasil daripada penggunaan teknologi Scalado, termasuk antaranya adalah kebolehan merakamkan gambar aksi dan mengabungkan ia pada satu gambar, sokongan untuk mengubah gambar reaksi wajah, kebolehan untuk membuang objek yang menganggu.

Untuk menjayakan fungsi ini semua, melalui aplikasi Nokia Smart Camera, ia menangkap beberapa rakaman, sekaligus memudahkan pengguna untuk memilih yang terbaik untuk disimpan.

Pada masa yang sama, Nokia juga turut menekankan sokongan merakamkan gambar pada keadaan gelap melalui Lumia 925.


TIPS & ULASAN