Aplikasi Hipstamatic Oggl Diumumkan Untuk Pengguna Windows Phone 8

Aplikasi Hipstamatic Oggl Diumumkan Untuk Pengguna Windows Phone 8

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Selain hanya mengumumkan telefon pintar Lumia 925, pihak Nokia juga turut berkongsi mengenai aplikasi Oggl daripada Hipstamatic yang akan diperkenalkan untuk pengguna Windows Phone 8, dan akan didatangkan bersama-sama Lumia 925.

Oggl - Windows Phone 8

Ia tidak diketahui bilakah aplikasi ini akan ditawarkan untuk pengguna Windows Phone yang lain atau hanya eksklusif untuk peranti Nokia sahaja. Melalui aplikasi ini, ia membawakan beberapa sokongan menambah efek pada gambar, serta kebolehan untuk berkongsi gambar ke beberapa laman sosial yang lain.

Menariknya adalah dimana ia membawakan sokongan perkongsian ke Facebook, Twiter, Pinterest dan juga Instagram.

Kami masih tidak pasti bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya. Namun, adakah ia akan menjadi salah satu kaedah mudah para pengguna Windows Phone untuk menerbitkan gambar mereka ke Instagram?


TIPS & ULASAN