BlackBerry Q5 Diumumkan – Peranti BB10 Dengan Papan Kekunci QWERTY

BlackBerry Q5 Diumumkan – Peranti BB10 Dengan Papan Kekunci QWERTY

Diterbitkan pada Mei 14, 2013 oleh .

Setelah beberapa gambar tertiris sebelum ini, hari ini pada BlackBerry Live, sebuah peranti baru diumumkan, iaitu BlackBerry Q5. Peranti ini disasarkan kepada negara-negara membangun dan akan dijual pada harga lebih murah berbanding kedua-dua peranti BlackBerry 10 di pasaran hari ini.

BlackBerry Q5

Curve Baru?BlackBerry Q5 membawakan skrin sentuh bersaiz 3.1-inci dan dilengkapi dengan papan kekunci fizikal QWERTY. Spesifikasi penuh peranti ini tidak diketahui, tetapi ia turut membawakan pelbagai sokongan lain seperti BlackBerry Hub, kebolehan membuat BBM Video, merakamkan gambar menggunakan BlackBerry Time Shift dan beberapa yang lain.

Peranti ini akan ditawarkan dalam warna merah, hitam dan putih bermula bulan Julai kelak. Menurut BlackBerry, hanya beberapa negara sahaja akan menerimanya, termasuk di Eropah, Asia, Asia Pasifik, Afrika, Amerika Latin dan juga Timur Tengah.

BlackBerry Q5


TIPS & ULASAN